Di saat rakyat Malaysia mula membuat persiapan untuk menyambut perayaan hari Malaysia pada 16 September 2021 baru-baru ni, pada 15/9/2021 kejadian hujan kuat dan angin berserta lumpur telah melanda di beberapa buah daerah di negeri Sabah dan yang paling teruk adalah di daerah penampang iaitu dikawasan perkampungan yang dinamakan kampung sugud, kg suok maang dan beberapa kawasan yang berhampiran.. sementara itu daerah lain yang terjejas teruk adalah di kawasan Kinarut yang berada di kawasan daerah papar.
Perkampungan yang terjejas teruk adalah di kawasan kg labak kinarut dan juga beberapa kawasan perkampungan yang berdekatan seperti kg sulim, kg langkuas, kg tampasak, kg bolotikon kaiduan.
Selalunya hujan kuat adalah satu kebiasaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan yang selalu dinaiki air kerana paras ketinggian air banjir adalah sederhana dan cepat surut tetapi kali ini ramai yang tidak menyangka akan terjadinya banjir Lumpur yang banyak merosakkan harta benda dan tempat tinggal. Syukur sahaja tiada kejadian kehilangan nyawa yang berlaku.
Caritas KK telah mengambil langkah yang pantas paling hadapan didalam memberikan sokongan moral dan juga pemberian bakul-bakul makanan dan minuman pada ketika itu ramai yang kehilangan barangan yang penting dan yang paling penting pada masa itu ada air kerana semua bekalan air terputus dan kotor.
Sister Anita selaku Ketua caritas kk dioese turut turun padang untuk membantu memberikan sumbangan-sumbangan tersebut bersamasama dengan para member caritas yang lain sebagai sukarelawan. Para sukarelawan caritas juga memasuki kawasan yang di landa banjir Lumpur untuk mendapatkan maklumat penuh sambil mengambil gambar-gambar dan video sebagai documentary caritas kk.
Pada kesempatan ini dapat digunakan juga untuk berjumpa dengan para umat yang terkesan dan menemubual sekaligus mengetahui apa keperluan yang mereka perlukan pada ketika ini..sumbangan khas dari pihak caritas adalah tong gas yang lengkap.
Seramai 22 keluarga yang terkesan telah menerima sumbangan berupa tong gas dari caritas dan beberapa sumbangan lain dari gereja St. Augustine Kinarut yang mana menjadi pusat sumbangan dari segi barangan, makanan, air dan apa sahaja.
Begitu juga dengan keadaan di Kampung Sugud Penampang. Caritas St Michael penampang telah berkerjasama dengan Caritas kk dengan para petugas dari gereja Assumption of Lady, Sugud dalam menyelengara segala bantuan-bantuan dari NGO lain termasuk caritas sendiri yang telah menyumbangkan sebanyak 1000 carton mineral water untuk zone-zone yang terlibat dalam bencana banjir ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita tidak berupaya memenuhi keperluan mereka dengan sempurna. Apa yang kita boleh lakukan selain dari doa berharap dari Tuhan.
Dengan cara sumbangan yang walaupun tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan sedikit bebanan dan duka yang keluarga – keluarga ini alami. Sedih melihat keadaan mereka memberikan peringatan peribadi kita kepada kuasa Tuhan. Setiap yang berlaku menginsafkan kita bertapa kita perlu menjaga alam sekitar. Kerana kesilapan dalam membuat keputusan boleh meragut banyak nyawa dan menghancurkan kehidupan masyarakat yang lain.- Hanni Jois
SOURCE: Caritas Malaysia