St Pius X Paroki Bundu Tuhan Laporan Aktiviti Jan 26 – Apr 26

Jan – April 2026:

Memberi penghiburan dan pengharapan kepada 20 keluarga yang memerlukan melalui doa dan sumbangan bakul amalkasih umat St Pius X Bundu Tuhan, sempena musim Paskah 2026.

4 March 2026:

Memberi penghiburan dan pengharapan kepada Sr Dorothy Amalia Laudi selepas mengalami banjir yang teruk di Paitan. Hostel, kindergarten dan rumah kediamannya telah mengalami kerosakan teruk.

14 – 15 March 2026:

Seramai 6 ahli Keluarga Caritas dari St Pius X Bundu Tuhan telah melawat Caritas Zon Simpangan di St Pius V Bongol, dengan tujuan memperkasakan pengelibatan umat dalam pelayanan amalkasih Caritas. Aktiviti termasuk malam suai kenal, perkongsian  berpandukan buku Garam Dunia Caritas, pengagihan sumbangan 24 Bakul AmalKasih Caritas, sumbangan pakaian terpakai dan penyerahan dana. Ahli Keluarga Caritas dari St Pius BT juga telah menyertai pelayanan koir semasa Ibadah Sabda minggu pada 15 March 2026

23 March 2026:

Lebih kurang 25 altar servers dari SHC & CMI Chinese Altar Servers, diketuai oleh Fr Sylvester Wong (Spiritual Director) dan Jonathan Voon (Camp Coordinator) telah melawat Kebun Harapan Kinabalu dan persekitarannya. Ia telah memberi mereka peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan sambil menjamu selera makanan tradisi orang tempatan.

Pengusaha Kebun Harapan Kinabalu juga mengambil peluang untuk diberkati oleh Fr Sylvester dalam pelayanan gereja dan usaha pertanian.

Jan – April 2026:

Kebun Harapan Kinabalu, di bawah pantauan Caritas St Pius X Bundu Tuhan, terus diusahakan dengan penanaman Losun Sabah walaupun telah mengalami cabaran musim hujan berpanjangan dan kekurangan air di musim kemarau. Hasil kerja sudah dinikmati dan disyukuri walaupun tidak berapa memuaskan disebabkan oleh cuaca yang kurang baik

15 April 2026 :

Seramai 8 orang dari Caritas Diosis Melaka Johor telah melawat Kebun Harapan Kinabalu, memberi mereka peluang untuk menikmati ciptaan Tuhan dan makanan tradisi tempatan