LAPORAN AKTIVITI CARITAS PAROKI SACRED HEART INOBONG JAN 26 – APR 26

Januari 2026

Seramai 8 orang sukarelawan Caritas Paroki Sacred Heart Inobong telah menyertai Sr Anita membantu membersihkan rumah mangsa bencana di Paroki Good Shepherd Manggatal.

25 January 2026 – Melawat Saudari Trisca Sikun Kg Moyog, beliau memerlukan pertolongan dari segi kewangan untuk meringankan beban perbelanjaan pengebumian cucunya OKU. Dengan sokongan dari Paderi Paroki Caritas telah memberi sedikit sumbangan wang dan bakul makanan.

21 Februari 2026 – CARITAS Chapel St Stephen Kibunut (dibawah naungan Paroki Inobong telah melawat Saudari Monica, keadaan sakit terlantar disebabkan stroke.

4 Mac 2026 – Caritas Paroki Inobong telah ikut serta menghantar dan memberi sedikit sumbangan barang keperluan bencana di Paitan.

22 Mac 2026 – Caritas St Peter & Paul Babagon (Dibawah naungan Paroki Sacred Heart Inobong) telah melawat seorang OKU dan juga penerima bantuan bakul makanan setiap bulan di Kg. Sosopon Notorus Babagon.

Madsiang, 23 Mac 2026 – Seramai 36 orang ahli Caritas dan sukarelawan telah menghadiri Rekoleksi & Pembaharuan Komitment Anggota Caritas anjuran Caritas Paroki Sacred Heart Inobong buat pertama kali diadakan di Chapel Holy Trinity Madsiang bertemakan “Dipanggil untuk Mengasihi, Diutus untuk Melayani.” Antara program yang dijalankan ialah Formation- Spirituality Caritas, Adorasi Sakramen Mahakudus dan Bengkel Kemahiran – Asas pengurusan bantuan dan Kemahiran mendengar dan empati yang telah disampaikan oleh Sr Anita selaku Koordinator Caritas Keuskupan Kota Kinabalu.

28 Mac 2026 – Program Derma Darah Anjuran Caritas Paroki Inobong Dengan Kerjasama Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth 2 yang telah diadakan di Dewan Terbuka Chapel Holy Trinity Madsiang. Seramai 74 orang telah datang mendaftar, 50 orang telah Berjaya menderma darah dimana sasaran telah dicapai. Program Derma Darah ini telah menjadi program tahunan Caritas Paroki dimana bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan derma darah dan keperluan bekalan darah yang berterusan seterusnya menggalakkan semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

25 April 2026 – Caritas Gereja Sacred Heart Inobong meneruskan komitment dengan mengadakan lawatan pastoral dan Kebajikan ke Rumah Saudara Vitus Guyat @ Titus, Kg. Kibambangan Inobong. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Caritas untuk mendekati ahli komuniti yang memerlukan sokongan rohani dan moral. Tujuan lawatan memberikan dorongan rohani melalui doa bersama, menyampaikan bantuan Kebajikan dan mengukuhkan ikatan komuniti antara paroki dan keluarga yang dilawati.