LAPORAN AKTIVITI KOMITI CARITAS HOLY ROSARY LIMBAHAU PAPAR (JUL 25 – DIS 25)

18 OGOS 2025
Mesyuarat bersama gabungan Komiti Caritas, CJC dan Migran mengenai Stewardship Jubilee of the Poor dalam pembentuk AJP dan kumpulan yang akan membuat Kunjungan Harapan yang pertama dijadualkan pada 15 September 2025 hingga 21 September 2025.

Keluarga istimewa yang dikunjungi akan dijemput menghadiri makan bersama Bapa Uskup pada Hari Paroki 5 Oktober 2025.

25 OGOS 2025 – PROGRAM BERSAMA WARGA EMAS SEMPENA PERJALANAN
SALIP MALAYSIA DI PAROKI HRL

Program bersama warga emas bersama Komiti CJC sempena perjalanan salip Malaysia di Paroki HRL di mana warga emas memberi perkongsian tentang pelayanan, keluarga, perkahwinan dan imbasan sejarah paroki.

1 SEPTEMBER 2025 – PROGRAM BENGKEL PERLAKSANAAN VISI DAN MISI PAROKI HOLY
ROSARY LIMBAHAU

AJP Komiti Caritas menyertai program perlaksanaan visi dan misi yang diadakan di Chapel St Theresa of Avilla, Kogopon, Papar bersama-sama dengan komiti lain melalui perkongsian tentang visi dan misi gereja.

7 SEPTEMBER 2025 – KEMPEN DERMA DARAH

Komiti Caritas dengan kerjasama Hospital Daerah Papar telah mengadakan kempen derma darah bertempat Dewan Fr Augustine Amandus dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Sebanyak 18 pint darah yang dapat dikumpul pada hari tersebut. Terima kasih kepada umat di Paroki HRL yang sudi menderma darah.

17 SEPTEMBER 2025 SEHINGGA 26 SEPTEMBER 2025BENCANA BANJIR DAN TANAH RUNTUH

Satu Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi MPP HRL bersama Komiti Keadilan Ciptaan Tuhan dan Komiti Caritas diadakan pada 17 September 2025 bagi membincangkan tentang lawatan amal ke keluarga yang terjejas bencana banjir & tanah runtuh pada 16 September 2025.

Tempat-tempat yang terjejas melibatkan 18 kawasan KPUK/KUK/KKD dan seramai 261 keluarga yang terkesan.

Semua sumbangan berbentuk bakul makanan yang disediakan oleh Komiti Caritas seperti Beras, Biskut, Kopi, Bungkusan Mee, Minyak Masak, Sardin, Gula, Susu Pekat Manis, Telur dan Air Mineral untuk diagihkan. Agihan bakul makanan telah dilaksanakan oleh Pengerusi KPUK/KUK/KKD masing-masing bersama dengan Komiti Caritas dan Komiti CJC.

Ucapan terima kasih kepada penyumbang yang telah menghantar sumbangan makanan iaitu dari saudara Andrew Nicholas (Elken Sabah), saudara Lee Kok Seng (dari Johor berniaga di Sabah), penyumbang dari Kota Kinabalu, Prolific Quality SB dan Paroki HRL.

Penyumbang dari Kota Kinabalu.

Sumbangan 20 kapit beras 5kg dan 20 crates air minum dari saudara Lee Kok Seng,
seorang dermawan asal dari Johor, berniaga di Sabah.

Sumbangan peribadi dari Bro Andrew Nicholas, ELKEN Sabah.

Derma telur daripada Prolific Quality Sdn Bhd.

Bantuan makanan untuk Community Kawari melalui KUK / Chapel St Samuel / CARITAS.

Bantuan makanan untuk Community Purak melalui KUK / Chapel St Valentine / CARITAS.

Penghantaran bantuan makanan Kg Novoung dan Kg Kayau, Papar.

Penerima KUK St Augustine Bungug dan KPUK Mandalipau.

Lawatan amal KPD umat di Kg Kabang dan Kg Lingan.

4 DISEMBER 2025LAWATAN AMAL MANGSA KEBAKARAN

Komiti Caritas mengunjungi mangsa kebakaran yang menglibatkan keluarga Rev Fr Terans Thadeus. Semoga keluarga yang terlibat sentiasa dilindungi Tuhan dan syukur semua keluarga selamat. Komiti Caritas telah menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan makanan keperluan.

10 DISEMBER 2025 – PENGAKUAN WARGAEMAS DAN ORANG SAKIT DI GEREJA HOLY ROSARY
LIMBAHAU

Komiti Caritas menyediakan bubur ayam dan minuman panas untuk semua warga emas yang hadir. Puji syukur kepada Tuhan atas kemurahan hati kepada penyumbang-penyumbang makanan dan
minuman. Terima kasih juga kepada semua yang melayani bersama dengan komiti lain dengan penuh sukacita.