St Pius X Paroki Bundu Tuhan Laporan Aktiviti Jan 26 – Apr 26
Jan – April 2026: Memberi penghiburan dan pengharapan kepada 20 keluarga yang memerlukan melalui doa dan sumbangan bakul amalkasih umat St Pius X Bundu Tuhan, sempena musim Paskah 2026. 4 March 2026: Memberi penghiburan dan pengharapan kepada Sr Dorothy Amalia Laudi selepas mengalami banjir yang teruk di Paitan. Hostel, kindergarten dan rumah kediamannya telah mengalami kerosakan teruk. 14 – 15 March 2026: Seramai 6 ahli Keluarga Caritas dari St Pius X Bundu Tuhan telah melawat Caritas Zon Simpangan di St Pius V Bongol, dengan tujuan memperkasakan pengelibatan umat dalam pelayanan amalkasih Caritas. Aktiviti termasuk malam suai kenal, perkongsian berpandukan buku…







