Caritas Malaysia: Latar Belakang
Caritas Malaysia (CM) merupakan salah satu daripada cabang rasmi Persidangan Uskup Katolik Malaysia (CBCM). Penubuhannya telah dipersetujui oleh Para uskup pada Januari 2020, yang akan berfungsi sebagai badan rasmi Gereja Katolik di Malaysia untuk Pelayanan misi sosial Gereja, khususnya dalam bidang kerja-kerja amal, bantuan kemanusiaan, pembangunan insan secara integral atau bersepadu, memperjuang dan mempromosi keadilan sosial dan ekologi serta keamanan. Caritas Malaysia juga bekerjasama dalam solidariti melalui jaringan dengan Caritas lain sama ada di rantau Asia atau seluruh dunia. Caritas Malaysia dengan rasminya dilancarkan pada 5hb. November 2020, diikuti dengan penubuhan Caritas di peringkat Diosis dan paroki-paroki yang berbeza, termasuk keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan, yang membentuk Caritas Wilayah Sabah.
Caritas Malaysia dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu wilayah Sabah, Malaysia Barat, dan Sarawak. Caritas Malaysia berfungsi sebagai organ rasmi Gereja Katolik Malaysia, di bawah Persidangan Bishops, untuk mempromosikan pelayanan amal kasih dan bantuan kemanusiaan, pembangunan insan yang integral, serta keadilan ekologi.
Caritas Kota Kinabalu
Caritas Kota Kinabalu bermula dengan Penubuhan Komiti AD-Hoc pada bulan Julai 2020 yang terdiri daripada Rev. Fr. Micheal Modoit, Rev. Fr. Gilbert Marcus, En. Dominic Lim, Sr. Calista Saliun, Sr. Anita James dan En. Jubili Anilik. Komiti ini bertanggungjawab menjalankan kaji selidik mengenai isu-isu yang memberi impak kepada masyarakat di Sabah secara menyeluruh yang telah dilaporkan semasa pelancaran Caritas Malaysia. Respon dari dua puluh dua kumpulan yang terdiri dari Komisi-komisi Keuskupan Agung Kota Kinabalu, beberapa agensi Kerajaan (dipilih secara rambang) dan organisasi bukan kerajaan, Caritas KK telah mengenal pasti 18 isu yang sedang dihadapi oleh masyarakat di Sabah; antara lain adalah isu kemiskinan, migrasi. Selain daripada itu, Ad Hoc Caritas KK juga menjadi pemangkin kepada penubuhan Komiti Caritas Kota Kinabalu.
Pada 19hb. Disember 2020, orientasi Caritas untuk yang dihadiri oleh seramai 20 orang telah diadakan, dan disusuli dengan perlantikan ahli-ahli Caritas Kota Kinabalu yang pertama. Mesyuarat pertama kali telah diadakan pada 22hb. Disember 2021 untuk membincangkan tentang program Pelayanan Caritas sepanjang 2021.
Pada bulan Mac 2021, Orientasi dwi bahasa di peringkat keuskupan telah diadakan, dengan kehadiran wakil-wakil dari duapuluh satu paroki di Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Tujuan orentasi ini adalah untuk memperkenalkan Pelayanan Caritas dan memfasiliti penubuhan komiti Caritas di setiap Paroki. Komiti-komiti Caritas Paroki ini dibahagikan kepada 6 kluster yang di fasilitasi oleh ahli-ahli Caritas di peringkat Keuskupan.
Komiti-komiti Caritas sama ada di peringkat Keuskupan mahupun Paroki, aktif melakukan kerja-kerja amal sejak penubuhannya. Antara aktiviti yang paling banyak dilakukan adalah pengagihan makanan kepada keluarga-keluarga terjejas oleh fenomena wabak COVID 19 serta bantuan kemanusiaan bagi keluarga-keluarga yang ditimpa bencana alam.
Ahli-ahli Komiti Caritas Kota Kinabalu pada ketika ini:
- Rev. Fr. Gilbert Marcus (Penasihat Rohani)
- Sr. Anita James @ Anita Lintanga (Koordinator)
- En. Anthony Kiob
- En. Ben Wong
- En. Bernard Liew
- Puan Catherine Engsun
- Puan Claudia @ Yogie Lasimbang
- Puan Dymphna Ubing
- En. Dominic Lim
- Puan Grace Jintuil
- Puan Hani Jois
- En. Jeffery Soon
- En. Jubili Anilik
- En. Mark Chin
- En. Micheal Raj
- En. Martin Idang
- En. Vincent Wong
- En. Victor Sabin
Dua ahli telah menarik diri atas sebab bidang pelayanan lain dalam Gereja:
- Cik Calista Vain
- En. Oliver Kong
READ this article in English