Patron Saint of Caritas Malaysia
Santa Ibu Teresa dari Kalkuta (Santa Penaung Caritas Malaysia)
Santa Penaung Caritas Malaysia, Ibu Teresa dari Calcutta, adalah pengasas Misionari Amalkasih (Missionary of Charity), sebuah Kongregasi Religus Keuskupan yang diasaskannya pada tahun 1950. Pada masa kini kongregasi tersebut bukan hanya dianggotai oleh para Religus wanita (aktif dan kontemplatif) tetapi juga para religus lelaki dan para Padri.
Santa Ibu Teresa berasal dari Albania di Skopje, Macedonia. Ibunya bernama Nikola Bojaxhiu sementara bapanya pula ialah Drane Bojaxhiu. Beliau dilahirkan pada pada 26, Ogos, 1910 dan diberi nama Gonxha, kemudian dibaptis dengan nama Agnes. Gonxha adalah anak bongsu dari tiga adik-beradik. Bapanya meninggal dunia ketika dia berumur lapan tahun. Selepas itu, ibunya telah membesarkan mereka sendirian dengan nilai-nilai Agama Katolik. Sejak berusia 12 tahun, Gonxha sudah mempunyai keinginan untuk menjadi seorang missionari, hasil dorongan kisah-kisah misionari yang didengarnya. Sebagai remaja, Gonxha aktif melibatkan diri dalam kegiatan gereja, terutamanya dalam aktiviti belia remaja sodaliti Katolik, di bawah bimbingan seorang padri Jesuit. Dari kegiatan inilah bermulanya minat Gonxha terhadap kerja-kerja Missionari. Padri parokinya juga menyediakan majalah misi The Catholic Mission yang menarik perhatian dan menyuburkan minat dalam panggilan hidupnya. Ketika berusia lapanbelas tahun, dia memutuskan untuk menjadi seorang biarawati. Dia meninggalkan keluarga dan tanahairnya pada tahun 1928, untuk memasuki Kongregasi Loreto Sisters of Dublin dan memulakan kehidupan barunya sebagai misonari. Pada tahun berikutnya, ia dikirim ke novitiate Loreto di Darjeeling, India, dan mengambil nama baru, Teresa. Dia kemudian ditugaskan ke sebuah sekolah menengah di Calcutta, di mana dia mengajar sejarah dan geografi kepada anak-anak perempuan orang kaya. Di sana, dia menyaksikan realiti penderitaan hidup yang di alami oleh golongan miskin, sakit dan tertindas.
Pada tahun 1946, ketika sedang dalam perjalanan dengan keretapi ke Darjeling, Sister Teresa mendengar suara yang memanggilnya untuk meninggalkan komuniti Sisters of Loreto, untuk tinggal bersama kaum miskin di perumahan setinggan. Panggilan yang dianggapnya sebagai “panggilan dalam panggilan itu membawa pergolakan jiwa yang bergejolak dalam hatinya, dan mendorong beliau untuk meminta izin keluar dari kongregasi asalnya untuk mendirikan kongrgasi baru yang melayani kaum miskin, papa dan tertindas. Dua tahun kemudian, iaitu pada 12 April 1948, Mother Teresa mendapat keizinan dari Gereja untuk memulakan misi pelayanannya baru. Dengan restu dari Uskup Agung Kalkuta, yang membekalkan beliau dengan wang sejumlah lima rupee, Sr. teresa telah memulakan pelayanannya dan hidup ditengah-tengah komuniti yang miskin di perkampungan setinggan Motijhil, dengan hanya memakai kain sari dan sepasang selipar (Sandal). Sari putih berjalur biru dengan salib yang disematkan dibahu kiri itulah yang menjadi pakaian rasmi bagi kongregasi Missionaries of Charity (Missionari Amalkasih) yang diasaskan oleh beliau.
Selepas mengikuti kursus kejururawatan dan sekembalinya ke Calcutta, dia tinggal di tengah-tengah masyarakat miskin dan telah telah membuka sekolah untuk kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan setinggan. Dia mula beramah mesra dan mengunjungi keluarga-keluarga di sekitarnya terutama orang miskin dan sakit serta mengenal pasti keperluan mereka.
Tidak lama kemudian, beberapa orang sukarelawan/wati mula mengikuti dia melakukan pelawayan kepada komuniti sasarannya iaitu kaum miskin dan memerlukan. Ada di antaranya yang mereka memohon untuk menjadi para anggota Kongregasi Missionary of Charity. Sementara ada juga yang yang yang mendermakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, persediaan, dan penggunaan bangunan. Pada tahun 1952, Mother Teresa mendapat sebuah bangunan rasmi yang dijadikannya sebagai rumah bagi orang-orang yang miskin dan sakit atau terlantar dan di ambang kematian. Rumah tersebut juga membantu memperluaskan lagi pelayanannya untuk membantu anak-anak yatim piatu dan kanak-kanak yang ditinggalkan, mereka yang ketagihan alkohol, para warga tua dan para gelandangan.
Ibu Teresa mendedikasikan dirinya untuk bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk orang miskin. Cintanya tidak tahu batas. Ia mengundang orang lain untuk melihat wajah Yesus di antara orang miskin yang termiskin. Pada tahun 1979, beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan. Dia meninggal dunia pada 5 September 1997, dan dikanonisasi sebagai Blessed Teresa oleh Pope Francis pada 4 September 2016.
Pelayanan-pelayanan Ibu Teresa, kesucian dan keterlibatannya serta pesan-pesan rohani yang dia sampaikan selama hidupnya, telah menyentuh banyak orang termasuk tokoh-tokoh dunia. Ibu Teresa juga telah menginspirasi ramai belia untuk menyahut panggilan dalam pelayanan kepada orang-orang miskin di tengah masyarakat dan dunia.
Ibu Teresa dari Kalkuta meninggal dunia pada 5 September 1997, ketika berumur 87 tahun. Beliau meninggalkan pelayanan cinta kasih, yang telah menarik minat kaum belia, wanita dan lelaki, untuk menyahut panggilan menjadi para missionari yang dikenal sebagai Kongregasi Missionary of Charity (Missionari Amalkasih). Secara amnya, Ordo Missionary of Charity ini, terbahagi kepada lapan komuniti iaitu, Ordo Para Religus Wanita (Sisters) yang aktif, Ordo Para Religus Wanita (Sisters) Kontemplatif, Ordo Para Religus Lelaki (Brothers) yang aktif dan Ordo Religus Lelaki (Brothers) Kontemplatif, Para Padri Misionari, Kaum Misionari Awam, Para sukarelawan/wati serta serta Rakan sekerja (Partnership) Orang-orang sakit dan Menderita. Komuniti para Religus inilah (sama ada aktif atau kontemplatif) yang kemudiannya telah memperkembangkan semangat Ibu Teresa dalam pelayanan kepada orang-orang miskin dan tertindas.
Pada tahun 2013 kesucian Ibu Teresa diakui dan beliau diberikan pengiktirafan sebagai Beata (Blessed), atau Ibu Teresa yang diberkati. Selepas beberapa kesaksian tentang mukjizat doa melalui perantaraan Blessed Mother Teresa terutamanya kesaksian daripada seorang wanita Monica Besra, berumur 30 tahun, yang disembuhkan dari ketumbuhan di rahim dan seorang pemuda dari Brazil yang menderita ketumbuhan otak yang sembuh berkat doa keluarganya yang telah mendoakan melalui perantaraan Mother Teresa, Pope Francis telah mengisytiharkan tentang kebenaran mukjizat tersebut, pada tahun 2015. Dengan demikan, pada tahun 2016, Blessed Mother Teresa telah di kanosasi sebagai seorang Santa, iaitu Santa Ibu Teresa dari Kalkuta. Beliau bukan hanya menjadi ikon, tetapi juga santa penaung bagi pelayanan kepada orang-orang termiskin, orang sakit, terbiar dan terpinggir.
Sumber :
-. Lucinda Vardey, Mother Teresa. Winner of Noble Peace Prize. A Simple Part, 1995 : Pinguin Random House, 186-191.
-. http://www.bersatulahdalamgerejakatolik.com/2015/12/mujizat-keduadiakui-vatikan-bunda.html
BACA article ini dalam English