Laporan Caritas Paroki St. Paul Dontozidon Penampang

Laporan Caritas Paroki
Nama Paroki: St. Paul Dontozidon Penampang
Koordinator: Venitha Lojuti
Tahun: 2026

A. Keahlian dan Sukarelawan

  • Jumlah ahli dalam komiti: 20 orang
  • Sukarelawan aktif: 10 orang
  • Sukarelawan tidak aktif: 10 orang

B. Aktiviti Utama Sepanjang Tahun 2025

      1. Program Latihan Pengurusan Tindakan Kecemasan semasa Bencana Alam Anjuran Caritas KK

        Tarikh: 27 Jun 2025

        Penyertaan: 2 orang dari Paroki SPD

      2. Mesyuarat Komiti Caritas SPD

        Tarikh: 17 Julai 2025

        Perkara: Membincangkan tentang Kunjungan harapan sempena Tahun Jubili Orang Miskin

        Kehadiran: 9 orang

      3. Mengikuti Ziarah Harapan ke Majodi (Melaka-Johor Diocese)

        Tarikh: 22 hingga 26 Julai 2025

        Penyertaan: 1 orang dari SPD

      4. Menghadiri Forum Gereja Katolik & Hak-Hak Asasi Manusia

        Tarikh: 09 Ogos 2025

        Kehadiran: 6 orang dari SPD

      5. Rekoleksi Migrant, CJC dan Caritas By Father Terans

        Tarikh: 02 September 2025

        Kehadiran: 4 Koimiti Migran / 1komiti CJC / 1 Komiti Caritas dari SPD

      6. Feast Day Mass Of St., Teresa of Calcutta (Mother Teresa)

        Tarikh: 05 September 2025

        Tempat: CMI, Bukit Padang

        Kehadiran: 2 Orang dari SPD

      7. Program sempena Musim Penciptaan 2025

        Tema: Benih Damai dan Harapan

        Tarikh: 05-06 September 2025

        Penyertaan: 1 penyertaan dari SPD

      8. Menyertai Migrants Sunday (Migrants, Missionaries of Hope)

        Tarikh: 05 Oktober 2025

        Penyertaan: 6 Orang dari SPD

      9. Kunjungan Harapan

        -11 Oktober 2025 – Lawatan ke rumah Puan L.Y

        -14 Oktober 2025 – Lawatan ke rumah Puan S.G

        -16.10.2025 2025 – Lawatan ke rumah Encik G

      10. Menyertai Sambutan Tahun Jubili Orang Miskin

        Tarikh: 15 November 2025

        Penyertaan: 10 Orang dari SPD

      11. Kunjungan Christmas ke rumah Puan S.G

        (Baru melahirkan anak dan pada masa yang sama kematian suami)

        Tarikh: 21 Disember 2025

    Caritas Paroki St. Paul Dontozidon terdiri daripada dua gereja iaitu St. Paul Dontozidon dan juga gereja Our Lady Queen of Peace Kobusak. Aktiviti yang dijalankan dan disertaikan dengan penglibatan ahli-ahli daripada KUK- KUK iaitu KUK Mogoputi, Koidupan, Nosoob Baru dan Nagasiba.

    C. Penyata Kewangan

        • Jumlah dana dikumpul: RM 34,877.50

        • Jumlah sumbangan diagih: RM 3,881.85

        • Bilangan keluarga/individu dibantu: 2 Keluarga

        • Jumlah Baki: RM 30,995.65

    D. Renungan & Penilaian

    1. Kejayaan utama

      Dapat menjalankan Kunjungan Harapan kepada 3 keluarga sempena Tahun Jubili Orang Miskin dan juga dapat menyertai program-program Caritas yang dianjurkan oleh Caritas peringkat Diosis.

    2. Cabaran

      Kekurangan ahli yang komited dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.

    3. Pelajaran Rohani

      Walaupun hanya sedikit ahli dapat menyertai aktiviti-aktiviti Caritas namun kami percaya bahawa Tuhan sentiasa bersama-sama dengan kami. Bila dua atau tiga berkumpul atas nama saya, saya akan bersama-sama mereka. (Mathew 18:20)

    E. Program Khas

    1. Feedback Jubili Orang Miskin Sedunia

      Pertama kalinya program sebegini rupa dijalankan dan ianya sangat-sangatlah baik dan perlu diteruskan. Bukan sahaja dengan orang-orang miskin tetapi bersama-sama dengan orang-orang di penjara atau dengan bekas-bekas penagih dadah.

      Selain itu, program memberi makanan kepada orang-orang yang tidak mempunyai tempat tinggal dan juga yang serba kekurangan perlu dijalankan bagi menunjukkan solidariti gereja kepada komuniti.

    2. Apa yang perlu diperbaiki

      Semasa makan bersama-sama, sebaiknya para paderi dan religus makan di tengah-tengah atau di antara orang-orang miskin dan bukan berkumpul sesama paderi dan religus sahaja.

F. Cadangan & Harapan

      1. Cadangan program baru / penambahbaikan

        • Solidariti bersama-sama dengan banduan di Penjara

        • Solidariti dengan bekas-bekas penagih dadah

        • Solidariti dengan warga-warga pelarian dan pelauh di bandar.

      2. Isu lokal yang perlu perhatian Caritas (Paroki & Pusat)

        Paroki: Isu bencana alam yang selalu berlaku dan kesiapsiagaan Caritas untuk memberi bantuan.

        Pusat: Tiada garis panduan daripada Caritas pusat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan oleh setiap Caritas di paroki selain daripada aktiviti bantuan-bantuan secara ad-hoc.

      3. Harapan sokongan dari Caritas pusat

        Dapat menyediakan garis panduan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan oleh paroki.

        (Contoh: Dalam tempoh satu tahun semua paroki hendaklah menjalankan aktiviti bantuan kepada kanak-kanak yang miskin dan memerlukan. Satu aktiviti bersama komunti dan satu aktiviti mengajar orang miskin untuk menjana pendapatan.)

G. Aktiviti-aktivti Caritas SPD akan datang

  • Makan Bubur kasih bersama dengan Warga Emas

  • Meneruskan Kunjungan harapan kepada orang-orang miskin di sekitar gereja St. Paul Dontozidon dan Our Lady Queen Of Peace Kobusak.

  • Meneruskan pemberian baucar alat tulis kanak-kanak yang memerlukan bantuan.