LAPORAN AKTIVITI CARITAS PAROKI ST JOSEPH KIULU BAGI MEI  –  DISEMBER 2025

Berikut adalah laporan aktiviri-aktiviti yang dijalankan di Paroki Kiulu bagi Mei – Disember 2025.

1. AJP CARITAS PAROKI KIULU TAHUN 2023 – 2026

    PENASIHAT ROHANI :     REV.FR.ERIK / REV. FR. PETER CHUNG

    PENGERUSI:                       AGNES TIMAH DUSIP

    TIM. PENGERUSI :            JERRY GUNTALIB

    SETIAUSAHA :                    JANNIE EDWIN

    TIM. SETIAUSAHA :         MARIA GANSI

    BENDAHARI :                     MATHEW SIDAM

    AHLI JAWATAN PELAYANAN:

    JUSTIN DUNGUL [Zon Kiulu]

    LIUH GINDONG [Zon Pukak]

    JULIANA DANGKU [Zon Pukak]

    LUIS GUNSIONG [Zon Kiulu]

    LAVELA LOJIBI [Zon Lubok]

    NIYKY JAMES [Zon Malanganag]

    LOIDA MARADAN [KPUK Kiulu]

    STEPHANIE FLOTENTIUS [KPUK Kiulu]

    JOVITA BANGUT [KPUK Kiulu]

    MARASIN LOTUPAS [Zon Mangkaladom]

    2. PENCARIAN DANA

    2.1 Meneruskan penjualan kain-kain terpakai diperingkat Paroki dan Zon untuk menambah dana caritas.

    3. KERJA / LAWATAN AMAL

    3.1 Pengedaran pakaian-pakaian yang diterima daripada badan NGO / persedirian melalui Caritas Paroki dan diagihkan kepada 6 Zon dalam jagaan paroki pada bulan Disember 2025.

    3.2 Kerja-kerja amal / lawatan amal pada umat-umat setempat di setiap Zon dijalankan dan dikendalikan oleh AJP Caritas peringkat Zon.

    4. PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN CARITAS PAROKI KIULU PADA 22/6/2025

    Diadakan pada 22/6/2025m anjuran Caritas Paroki dengan Kerjasama Catholic Nurses Guild Kiulu dan Tabung Darah Hospital Tuaran. Seramai 48 penderma darah yang berpotensi hadir pemeriksaan dan 26 penderma yang berjaya menderma. Program ini dijalankan di Dewan Gereja St. Joseph Kiulu dari jam 8 pagi sehingga jam 2 petang.

    5. PROGRAM JUBILI HARAPAN SEMPENA HARI ORANG MISKIN SEDUNIA

    Program ini telah dibincangkan bersama dengan paderi paroki diperingkat MPP dan atas masalah kekangan kewangan / dana dan masalah pengangkutan. Paderi paroki menyarankan agar keluarga yang terpilih ini hanya akan diraikan diperingkat Paroki sahaja. AJP di peringkat paroki telah dibentuk dan seterusnya membentuk AJP di peringkat Zon [6 Zon]. Pemilihan keluarga yang dikunjungi berdasarkan kriteria yang disarankan juga dilakukan oleh zon masing-masing. Seramai 15 keluarga terpilih untuk dikunjungi, setiap zon memilih 2-3 keluarga. Kunjungan dilakukan sebanyak 3 kali untuk satu keluarga dan mengikut panduan lawatan yang diberikan. Keluarga yang terpilih ini telah dijemput dan diraikan pada 27hb Disember 2025, sempena Hari Krismas dan Hari Keluarga Kudus dan Jubili Keluarga harapan Paroki Kiulu. Selain daripada buah tangan yang dibawa oleh AJP Jubili Harapan semasa setiap kali kunjungan dilakukan, keluarga-keluarga ini juga telah diberikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas pada hari perayaan tersebut.

    Hasil Kunjungan Program Jubili Harapan:

    AJP melahirkan rasa syukur dengan program ini:

    • Memberi peluang untuk lebih mengenali dan merapatkan hubungan dengan keluarga yang terpilih.
    • Dapat menyebarkan kasih Kristus kepada umat yang belum mengenali / menjauhi Kristus.

    Keluarga yang terpilih yang dikunjungi:

    • Bersyukur kerana terpilih untuk dikunjungi.
    • Terdapat beberapa keluarga yang ingin agar kunjungan ini diteruskan pada masa-masa akan datang.
    • Keluarga / individu ini rasa dihargai dan ada beberapa keluarga yang datang pengakuan dan menerima komuni serta lebih kerap datang kegereja pada hari Ahad.

    6. MENINGKATKAN PENGETAHUAN

    Caritas Paroki Kiulu telah menghantar beberapa umat menghadiri program peningkatan diri seperti berikut

    6.1 Induksi Latihan Sukarelawan Caritas anjuran Caritas keuskupan Kota Kinabalu

    Tarikh: 7/6/2025

    Tempat: CAC Kota Kinabalu.

    Jumlah Peserta: 1 orang.

    6.2 Program Latihan Tindakan kecemasan semasa bencana anjuran Caritas keuskupan Kota Kinabalu

    Tarikh: 27/6/2025

    Tepat: Good Sherperd Manggatal

    Peserta: 9 orang

    6.3 Forum Gereja Katolik dan hak-hak asasi manusia

    Tarikh: 9/8/2025

    Tempat: CAC Kota Kinabalu

    Peserta 6 orang

    6.4 Lawatan Sambil Belajar Ziarah Diosis Johor–Melaka

    Tarikh: 22/8/2025 – 26/8/2025

    Tempat : Diosis Johor–Melaka

    Peserta: 5 orang

    7. MESYUARAT

    Mesyuarat Caritas Paroki diadakan 4 kali iaitu pada tarikh-tarikh berikut:

    Tarikh: 16/2/2025, 6/4/2025, 7/6/2025, 26/10/2025

    Tempat: Dewan Gereja St. Joseph Kiulu.

    8. TAKWIN CARITAS PAROKI SEPANJANG TAHUN 2026

    Disediakan oleh:         

               Agnes Timah Dusip

               Penyelaras Caritas Paroki

               St. Joseph Kiulu.

               15/2/2026