LAPORAN AKTIVITI CARITAS PAROKI SACRED HEART INOBONG(SEPTEMBER 2025 – DECEMBER 2025)

September 2025

Dewan Paroki Sacred Heart Inobong telah dibuka pada 11 September 2025 sebagai pusat
penempatan sementara untuk mereka yang terkesan akibat bencana banjir dan tanah runtuh selama dua minggu. Caritas dan sukarelawan Paroki Inobong telah turun untuk membantu mangsa di dewan paroki dari segi penyediaan tempat, menyediakan makanan dan lain-lain.

11.09.2025 – Seramai 40 orang termasuk murid sekolah yang terkandas telah menginap satu malam di Dewan Paroki kerana sepanjang Jalan Tambunan tidak dapat dilalui disebabkan tanah runtuh. Mereka adalah umat paroki Inobong yang tinggal di kawasan Madsiang, Babagon, Moyog, Kibunut dan Togudon.

12.09.2025 – 20 keluarga sekitar Kg. Putaton Inobong terkesan bencana banjir dan tanah runtuh telah berpindah ke Dewan Paroki.

Caritas Chapel Holy Trinity Madsiang juga memainkan peranan dalam membantu menyediakan makanan di kawasan Madsiang terkesan bencana banjir dan tanah runtuh.

18 September 2025 – 20 September 2025
Solidarity 2.0 Misi Bantuan Membersihkan Rumah Mangsa-Mangsa Banjir

Oktober 2025

Kunjungan Harapan telah dijalankan dan 7 keluarga telah dilawat.

November 2025

15 November 2025 – Mengikuti program sempena Hari Orang Miskin Sedunia di Sacred
Heart Cathedral, KK.

23 November 2025 – Melawat rumah mangsa kebakaran di Kg, Kipouvo Saudara Daihan Sagunting dan memberi sedikit bantuan kewangan.

Disember 2025

06.12.2025 – Terlibat dalam program CSG-UITM menganjurkan Kerja Amal Bersama
sama dengan CSG-UITM di sekitar Paroki Inobong sempena Program Outreach Heart In
Action 2025.

Lawatan dan assessment untuk 6 keluarga (Caritas Advent/Christmas Outreach 2025)